Home Nasional Gempa bumi di Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau
Nasional

Gempa bumi di Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau

Gempa bumi di Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau

Pasukan bomba melakukan pemantaun di sekitar bandar Tawau selepas merasai gegaran kecil malam tadi/Foto Bomba

KUALA LUMPUR, 3 MEI – Penduduk Tawau berdepan detik cemas apabila gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 berlaku kira-kira 28 kilometer dari daerah itu pada pukul 9.51 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin bagaimanapun berkata, tiada kerosakan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

\”Pasukan bomba menjalankan pemantauan di beberapa lokasi penting termasuk hospital, hotel, institusi kewangan, stesen minyak serta kawasan sekitar Tawau.

“Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang kerosakan struktur,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, gempa bumi itu direkodkan pada koordinat 0.5° Utara dan 121.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Katanya, seramai lima anggota bomba bersama sebuah jentera EMRS digerakkan untuk melakukan pemantauan.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada pukul 8.51 malam.

Gempa bumi berlaku kira-kira satu jam sebelum kejadian di Tawau.

Menurut MetMalaysia, gempa di Sulawesi berlaku pada jarak 165 kilometer Barat dari Gorontalo, Indonesia, pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” tulis MetMalaysia di Facebook rasminya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....