Home Nasional Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud landa Laut Banda
Nasional

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud landa Laut Banda

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud landa Laut Banda

Foto facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA, 27 Ogos– Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud dikesan berlaku di Laut Banda pada pukul 10.15 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 454 kilometer (km) tenggara dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 54km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis Kedah, Perak, Selangor dan Johor sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.

\”Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu, dan Negeri Pulau Pinang.

\”Manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Di Selangor pula Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Di Johor membabitkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru\” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi facebook.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....