Home Nasional Gangguan sistem IT: Lima agensi kerajaan, 9 syarikat swasta terjejas
Nasional

Gangguan sistem IT: Lima agensi kerajaan, 9 syarikat swasta terjejas

Gangguan sistem IT: Lima agensi kerajaan, 9 syarikat swasta terjejas

Menteri Digital, Gobind Singh Deo/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Julai– Tiada ketirisan data berlaku dan kesemua data dalam sektor kerajaan selamat, susulan gangguan sistem teknologi maklumat (IT) babitkan lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta pada 19 Julai lepas.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan gangguan tersebut bukan serangan siber.

Ia terjadi ekoran kelemahan pada perisian kemas kini CrowdStrike sehingga menjejaskan sistem operasi Microsoft.

Beliau berkata, terdapat cubaan pancingan data ketika gangguan berlaku, namun kerajaan berjaya menggagalkan cubaan itu.

\”Walaupun insiden ini bukan disenaraikan sebagai insiden serangan siber, Kementerian Digital memandangkan perkara ini dengan serius. Ini kerana, kita perlu faham gangguan yang berlaku ini adalah gangguan yang mempunyai kesan yang besar kepada pengguna sistem.

\”Ia menunjukkan kelemahan dalam proses teknologi, memang wujud dan kelemahan-kelemahan, ini boleh menyebabkan kerosakan dan juga kehilangan yang besar dan sekiranya ia berulang lagi ianya patut kita bendung\”, katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.

Lima agensi kerajaan tersebut membabitkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Manakala sembilan agensi swasta terlibat meliputi beberapa sektor termasuk penerbangan, perbankan dan pengangkutan.

Dalam pada itu, beliau telah berjumpa dengan pihak syarikat Microsoft bagi penjelasan lanjut, selain mengemukakan cadangan untuk memastikan insiden berkenaan tidak berulang.

\”Antara cadangan-cadangan yang dibangkitkan adalah pembekal perisian perlu menambah baik prosedur ujian sistem sebelum perisian berkenaan selamat digunakan oleh pengguna.

\”Kedua, syarikat perlu mempunyai pelan insiden tindak balas, insiden respons yang komprehensif dan mengambil kira komunikasi untuk pemegang taruh menguruskan sebarang insiden dengan berkesan.

\”Ketiganya, pembekal perisian perlu memberi ulasan berkala dan sentiasa kemas kini perisian-perisian supaya kita dalam kerajaan dapat juga memantau\”, katanya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...