Home Nasional FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO
Nasional

FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO

FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.

Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan memaklumkan penambahbaikan itu menjadikan kemudahan berkenaan lebih mudah diakses, selain mengurangkan tekanan kewangan terhadap pekerja.

Langkah itu juga memastikan rawatan lebih pantas untuk golongan pekerja, tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan ketika mendapatkan rawatan di klinik panel PERKESO.

\”FMM menyokong penuh penambahbaikan ini yang memudahkan akses kepada penjagaan perubatan, mengurangkan beban kewangan pekerja dan memastikan rawatan diberikan tanpa sebarang kelewatan.

\”Menerusi susunan baharu ini, pekerja boleh menerima rawatan di mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di seluruh negara tanpa perlu membayar terlebih dahulu kerana klinik akan menuntut kos rawatan secara langsung daripada PERKESO,\” menurut kenyataan itu.

Perkara itu sejajar komitmen FMM untuk menyokong dasar yang mengimbangi kebajikan pekerja dengan keperluan industri.

Semalam Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengumumkan, semua pencarum PERKESO tidak perlu membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel, bermula tahun ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....