Home Nasional Fahmi syukur terima Darjah PMW, janji perkhidmatan terbaik
Nasional

Fahmi syukur terima Darjah PMW, janji perkhidmatan terbaik

Fahmi syukur terima Darjah PMW, janji perkhidmatan terbaik

Datuk Fahmi Fadzil / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sebagai penyuntik semangat bagi beliau dan Kementerian Komunikasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Fahmi berkata ia akan menjadi inspirasi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif baharu terutamanya dalam era digital yang mencabar.

\”Saya berasa syukur dan menjunjung kasih atas perkenan tuanku mengurniakan darjah ini.

\”Insya-Allah ini akan memberi lebih semangat untuk saya dan pasukan untuk berkhidmat serta berusaha bagi meningkatkan produktiviti pasukan di kementerian.

\”Cabaran kita hari ini memang besar dalam usaha melesenkan platform-platform di media sosial, meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang peri penting kita sentiasa selamat online,\” katanya

Beliau merupakan antara sembilan penerima Darjah PMW yang membawa gelaran Datuk pada pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara.

BERITA BERKAITAN:

  • Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....