Home Nasional Fadillah Yusof selamat tiba di Peru, lawatan kerja dua hari
Nasional

Fadillah Yusof selamat tiba di Peru, lawatan kerja dua hari

Fadillah Yusof selamat tiba di Peru, lawatan kerja dua hari

Datuk Seri Fadillah Yusof selamat tiba di Peru pukul 4.15 pagi waktu tempatan

LIMA, 14 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selamat tiba di Peru untuk lawatan kerja dua hari.

Pesawat membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chàvez, Lima pukul 4.15 pagi waktu tempatan atau 6.15 petang waktu Malaysia.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air kemudian dibawa ke lokasi penginapan.

Ketibaannya disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Lima Mohamed Shahiran Mohamed Shah bersama-sama kakitangan Kementerian Luar Negeri.

Jumaat ini, beliau dijadualkan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) ke-14 sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024.

Sementara itu di luar mesyuarat, Fadillah dijadualkan bertemu rakan sejawatannya dari beberapa negara selain diaspora Malaysia di republik berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....