Home Nasional Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof

LONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia, berada pada kadar 28 peratus, justeru pelbagai langkah sedang diusahakan kerajaan untuk mencapai kadar 70 peratus menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau yakin negara mampu mencapai kadar 31 peratus tahun ini.

\”Solar mengambil masa tiga tahun untuk membuat pembinaan dan sebagainya. Sebab itu kita ada Solar Berskala Besar (LSS5), LSS5A, kemudian kita akan bukakan LSS6.

\”Dengan itu, bukan sahaja solar, kita kena adakan juga ada bateri sebab solar ini sifatnya tidak menentu apabila matahari panas, maka kuasa yang kita dapat lebih tinggi. Tetapi apabila mendung, matahari kurang, maka ianya akan turun, maknanya menjejaskan kestabilan grid itu sendiri.

\”Sebab itu, kita kena ada bateri yang kita bukakan sekarang tender untuk empat jam. Ianya diharap dapat menstabilkan dan juga memanjangkan bekalan tenaga daripada solar itu yang kita laksanakan. Di samping itu, kita juga membuka kaedah lain iaitu atas bumbung, solar dan tenaga voltan, turbin gas yang juga sudah buka secara tender,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Plenari Akhir Sidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House di sini.

Esok, beliau dijadualkan melawat Blyth Offshore Windfarm di Newcastle, ladang angin pesisir pantai untuk meneroka potensi tenaga baharu yang boleh dimanfaatkan Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....