Home Nasional Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan
Nasional

Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan

Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan

Ex Kurung, latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan oleh pasukan 69 Komando di Politeknik Ungku Omar

IPOH, 17 Mac– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengesahkan kejadian serangan kumpulan bersenjata di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang menjadikan seorang pensyarah dan beberapa pelajar sebagai tebusan.

Insiden itu bagaimanapun merupakan senario latihan dikendalikan pasukan 69 Komando dikenali sebagai Ex Kurung.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, latihan skala kecil ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat.

“Ia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus dan mengendalikan krisis keganasan seperti mana digariskan dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.18”

“Jumlah petugas PDRM yang ramai, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan serta pesawat helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) di kawasan politeknik adalah sebahagian latihan Ex Kurung”, katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....