Home Nasional Enam Pasukan Khas ditubuhkan perkasa kurikulum pendidikan
Nasional

Enam Pasukan Khas ditubuhkan perkasa kurikulum pendidikan

Enam Pasukan Khas ditubuhkan perkasa kurikulum pendidikan

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Enam Pasukan Khas ditubuhkan bertujuan memperkasakan haluan pendidikan negara bawah transformasi pendidikan.

Perkara itu termasuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Intervensi Kurikulum.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, pasukan tersebut bertanggungjawab mengenal pasti isu serta masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum sedia ada selain menyediakan intervensi kurikulum bagi Bahasa Melayu, Inggeris, Sains dan Matematik Tahap I.

\”Terkini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 yang melibatkan 10 buah lokasi di seluruh negara mulai 23 Februari 2024 hingga 27 Julai 2024.

\”Jerayawara ini bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 dan mendapatkan pandangan orang awam tentang perkara baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027,\” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mustafa Musa di Parlimen.

Mustafa bertanya soalan berkenaan status pelaksanaan dan input dari inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah untuk menjajarkan semula kurikulum pendidikan rendah agar penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan serta menanam minat tinggi terhadap bidang sains dan matematik.

Pada masa sama, KPM mengambil langkah proaktif memperkasakan lagi Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM bawahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi menanam minat murid terhadap bidang sains dan matematik.

Dalam pada itu, menerusi soalan tambahan dewan turut dimaklumkan kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) terus menunjukkan peningkatan.

Ia terbukti apabila kadar pengambilannya melonjak 50.83 peratus tahun ini berbanding 40.95 peratus pada 2021.

\”Saya percaya usaha-usaha dari kpm dalam mempromosikan STEM dan mengadakan program-program dan aktiviti berkaitan dengan STEM.

\”Maka kita dapat membantu untuk memupuk minat anak-anak kita dalam subjek sains dan secara keseluruhan dalam stem,\” katanya.

Bagi menarik minat murid terhadap bidang tersebut, KPM menggalakkan pembelajaran berasaskan projek serta penyelesaian masalah untuk menarik minat pelajar.

Selain itu, kecekapan guru dan pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah akan dipertingkatkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....