Home Nasional Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 19 Mac – Empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dijangka siap beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemudahan sementara yang menelan kos RM2.5 juta itu dibina sepanjang 300 meter di empat lokasi iaitu dua di Bentong (laluan pergi dan balik) serta masing-masing satu di Lipis dan Raub.

\”Kerajaan negeri mengambil maklum kesukaran pengguna mencari tempat untuk berehat, menukar lampin bayi serta menggunakan tandas sepanjang perjalanan ke Kelantan dan sempadan Pahang.

\”Oleh itu, kami menggunakan peruntukan negeri terlebih dahulu dan akan menggantikannya dengan dana kerajaan Persekutuan kemudian,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman dividen Ladang Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di sini hari ini.

Menurutnya, pembinaan R&R itu kekal masih dalam perancangan kerajaan Persekutuan, namun belum ada kepastian mengenai tempoh pelaksanaannya.

\”R&R sementara ini adalah langkah segera untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna. Walaupun bersifat sementara, ia lebih baik daripada tiada langsung,\” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya memanfaatkan kemudahan yang disediakan, menjaga kebersihan kawasan R&R serta berhati-hati ketika memandu bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...