Home Nasional EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga
Nasional

EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga

EMM APEC: Fokus hala tuju, dasar, kerjasama pertumbuhan mampan sektor tenaga

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Ogos– Hala tuju, dasar dan kerjasama bagi pertumbuhan mampan dalam sektor tenaga dijangka jadi fokus pada Mesyuarat Menteri Tenaga (EMM) APEC di Peru.

Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada mesyuarat dua hari yang akan bermula Khamis ini.

Perbincangan juga tertumpu kepada peralihan tenaga dan usaha mengurangkan jejak karbon ekonomi APEC.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, akan mengetengahkan pendirian negara dalam beberapa isu.

Antaranya, usaha peralihan tenaga negara, memastikan peralihan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.

Ini akan dicapai melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen (HETR), dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Perkongsian dan penglibatan negara dalam inisiatif berkaitan, dijangka mendorong prospek positif bagi potensi pelaburan hijau kepada pelabur dari rantau Asia Pasifik.

Kehadiran dalam mesyuarat itu dijangka mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan bersih dan bernilai tinggi.

Datuk Seri Fadillah turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sejawatan daripada ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang tenaga.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....