Home Nasional Elak normalisasi sumbangan syarikat judi dan arak
Nasional

Elak normalisasi sumbangan syarikat judi dan arak

Elak normalisasi sumbangan syarikat judi dan arak

Kenyataan media

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Majlis Ulama UMNO (MMU) berharap tiada lagi mana-mana pemimpin kerajaan hadir dalam majlis sumbangan melibatkan syarikat judi dan minuman keras.

Menurutnya, syarikat yang terlibat dengan aktiviti dikategorikan memudaratkan seperti arak dan judi tidak wajar dijadikan sumber sumbangan bagi mana-mana pusat pendidikan negara.

\”Penerimaan sumbangan daripada syarikat terbabit merupakan normalisasi terhadap aktiviti yang sepatutnya dijauhi oleh pelajar dan masyarakat sivil yang baik.

\”Merujuk kepada kehadiran Timbalan Menteri dalam program seumpama itu, difahamkan ia berlaku kerana salah faham dan Timbalan Menteri berkenaan telah memohon maaf atas kekhilafan.

\”Ini juga selaras dengan surat pekeliling KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bertarikh 29 Mac 2018, yang menyatakan di dalam perkara 7.3 bahawa tata cara penerimaan sumbangan adalah tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya kerana boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,\” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegasnya, ia akan memberi mesej yang salah kepada rakyat bahawa berlaku normalisasi terhadap penerimaan dana daripada aktiviti seperti ini.

Sebelum ini media melaporkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghadiri satu majlis di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan gambar beliau memegang replika cek berlogo syarikat arak.

Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang telah memohon maaf jika ada pihak yang sensitif dengan gambar tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....