Home Nasional Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata
Nasional

Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata

Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata

Bomba membersihkan runtuhan dinding Pasar Raya Besar Mydin Manjoi, Ipoh

IPOH, 22 Julai- Dua remaja lelaki berusia 15 tahun cedera ringan selepas terkena serpihan batu bata yang jatuh akibat daripada runtuhan dinding Pasar Raya Besar Mydin Manjoi, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut, kira-kira pukul 4.45 petang.

Runtuhan melibatkan dinding sebelah kanan iaitu bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di sini dan melibatkan sebuah motosikal yang sedang melalui jalan bersebelahan pasar raya itu.

\”Kejadian melibatkan dua mangsa yang menaiki motosikal melalui kawasan tersebut, mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan batu bata runtuhan.

\”Makluman daripada orang awam, mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam dan maklumat mangsa tidak diketahui,\” katanya.

Pada 10 Mac lalau, pasar raya tersebut telah terbakar dan berpunca daripada kerosakan panel pembahagi elektrik di bangunan itu.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...