Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor

KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang kanak-kanak manakala empat yang lain terselamat ketikamandi di Pantai Bayu Impiandi sinipetang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berkenaan pada pukul 5.30 petang dan siasatan awal mendapatiterdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.

Mangsa terdiri seorang wanita,seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuanselain seorang lelaki berusia 60 tahun yang cuba menyelamatkan mereka.

\”Lelaki terbabit yang juga mempunyai talian persaudaraan cuba menyelamatkan mangsapada mulanya tetapi naik semula ke darat disebabkan ombak kuat. Kesemua mangsa kemudian berjaya dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dibantu orang awam.

\”Bagaimanapun, dua daripadanya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT). Kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR),\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBT II Ezam Mistorerrudin berkata seramai 15 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta pacuan empat roda 4×4 dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

\”Empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi ditemukandalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera memberikan bantuan pernafasan sementara menunggu ketibaan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

\”Bagaimanapun, pihak KKM kemudian mengesahkan dua mangsa iaitu Siti Fatimah Jaafar, 33, dan Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatdiserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,\” katanya.

Mangsa yang selamat ialah Jaafar Yusof, 60, Nur Qaisara Farhana Mohd Farid (13), Danial Abu (10) dan Nur Alisya Shafiya Jamil (10) dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan
Nasional

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump/Foto AFPKUALA LUMPUR, 21 Januari –...