Home Nasional Draf PTKL 2040 di fasa akhir, rujukan utama pembangunan Kuala Lumpur
Nasional

Draf PTKL 2040 di fasa akhir, rujukan utama pembangunan Kuala Lumpur

Draf PTKL 2040 di fasa akhir, rujukan utama pembangunan Kuala Lumpur

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa/BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 April– Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040), yang bakal menjadi rujukan utama dalam merancang hala tuju pembangunan Kuala Lumpur, kini berada di fasa akhir semakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan draf tersebut akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

\”Selepas itu, insya-Allah kita lalui proses itu melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) dan seterusnya kita boleh mewartakan. Insya-Allah, harapannya dalam masa terdekat inilah,\” kata Dr. Zaliha kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan MADANI kepada 77 badan sukan, di sini.

Terdahulunya, pewartaan PTKL 2040 ditunda bagi memberi ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dan rundingan dengan pihak berkepentingan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan tersebut serta turut menekankan pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan perlu diambil kira secara menyeluruh sebelum pelan berkenaan dimuktamadkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....