Home Nasional Disyaki tawar khidmat 'seks', 56 warga asing dicekup JIM
Nasional

Disyaki tawar khidmat 'seks', 56 warga asing dicekup JIM

Disyaki tawar khidmat 'seks', 56 warga asing dicekup JIM

Foto FB JIM

KUALA LUMPUR, 14 Julai– Seramai 56 orang warga asing ditahan hasil daripada serbuan membabitkan lima premis rumah urut pada 10 Julai, sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa serbuan tersebut dibuat ekoran aduan orang awam berhubung warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral, yang berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut.

Antara yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun.

Turut ditahan, dua warga tempatan yang dipercayai sebagai penjaga premis.

Lokasi serbuan merupakan premis kedai dua tingkat yang berada di tengah pusat bandar.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1957/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan ditempatkan di depoh Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....