Home Nasional Dewan Negara merafak sembah, ucap tahniah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Nasional

Dewan Negara merafak sembah, ucap tahniah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Dewan Negara merafak sembah, ucap tahniah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang membacakan pemasyhuran tersebut sebelum memulakan persidangan hari ini,

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Dewan Negara hari ini merafak sembah dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas pertabalan Seri Paduka Baginda berdua, Sabtu lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang membacakan pemasyhuran tersebut sebelum memulakan persidangan hari ini, berkata kesemua Ahli Dewan Negara bersedia untuk berkhidmat dan menabur bakti di bawah naungan pemerintahan Sultan Ibrahim.

“Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen dan hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Semoga kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua bersemayam di atas singgahsana takhta dengan penuh keberkatan Allah S.W.T dan patik-patik yang dilantik sekalian, Ahli Dewan Negara, sedia berkhidmat menabur bakti di bawah payung pemerintahan Tuanku.

“Dirgahayu Tuanku!, Daulat Tuanku!,” katanya.

Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada istiadat gilang-gemilang dipenuhi tradisi di Istana Negara pada Sabtu lepas (20 Julai).

Berlangsung di Balairung Seri Istana Negara di sini, istiadat pertabalan itu ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun. -BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...