Home Nasional Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan
Nasional

Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan

Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Negara hari ini akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata di bawah pindaan itu, Seksyen 424 dan Seksyen 424 (c) dan (b) akan terpakai kepada mana-mana pihak termasuk mereka yang secara tidak langsung terlibat kegiatan tersebut.

Beliau berkata biarpun tiada peruntukan khusus bagi pemulangan wang mangsa yang ditipu dalam kegiatan itu, namun kuasa sitaan wang yang turut dicadangkan dalam pindaan RUU Tatacara Jenayah akan membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghalang wang mangsa scammer daripada dikeluarkan atau digunakan.

\”Ini akan memudahkan PDRM melakukan ‘pengesanan wang’ bagi mengenal pasti wang yang telah disalurkan oleh mangsa dan secara tidak langsung akan membuka ruang untuk pemulangan wang kepada mangsa penipuan dalam talian.

“Ini sekali gus memudahkan proses permohonan di bawah Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah untuk tujuan pemulangan wang ini kepada mangsa,\” katanya ketika menggulung RUU tersebut di Dewan Negara hari ini.

RUU tersebut diluluskan dengan lebih suara majoriti selepas dibahaskan oleh 10 senator.

Bagi pindaan RUU Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang turut diluluskan pada persidangan sama, Kulasegaran berkata pindaan itu memberi kuasa sitaan akaun terbabit, hanya kepada anggota polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan.

\”Cadangan pindaan ini akan memberi kuasa sitaan kepada pihak polis menyita wang-wang disimpan dalam akaun bank.

“Sitaan ini bukan sahaja terpakai kepada wang disimpan dalam bank konvensional namun ia juga akan merangkumi simpan di dalam e-wallet,\” katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu selepas lima Senator mengambil bahagian membahaskannya.

Persidangan bersambung esok.- BERNAMA

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...