Home Nasional Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua
Nasional

Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua

Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua

Fadhlina (kiri) mendengar luahan Sabrina di Taman Kelemak Utama/Foto Bernama

ALOR GAJAH, 9 September – Guru yang kematian anak di sebuah taman asuhan kanak-kanak, Taman Kelemak Utama pada Jumaat lepas akan kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru tersebut, Sabrina Hakiem Zaini, 39 tahun sangat komited untuk melaksanakan tugasnya di sebalik ujian yang ditempuhi ketika ini.

“Sabrina akan kembali bertugas selepas cuti September inilah. Jadi beliau buat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai guru. Nampak beliau masih mempunyai semangat yang kuat dalam pendidikan dan merupakan guru yang sangat komited,” katanya ketika menziarahi Sabrina dan keluarganya di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.

Fadhlina memberi jaminan Kementerian Pendidikan akan memberikan sokongan dan bantuan diperlukan guru tersebut termasuklah persediaan untuk beliau kembali bertugas kelak.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun di taska berkenaan pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan.

Bapa bayi itu Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim memaklumkan anaknya Muhammad Al Fateh Amri baru lima hari dihantar ke taska berkenaan.

Mereka sebelum ini sudah menunggu selama 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....