Home Nasional Bukan Negaraku, tetapi lagu kebesaran Perak – KPM
Nasional

Bukan Negaraku, tetapi lagu kebesaran Perak – KPM

Bukan Negaraku, tetapi lagu kebesaran Perak – KPM

KPM

KUALA LUMPUR, 4 April- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan seorang pempengaruh politik yang menyatakan murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku.

Sebaliknya, KPM menjelaskan lagu yang dinyanyikan itu ialah \”Allah Lanjutkan Usia Sultan\” iaitu lagu rasmi kebesaran negeri Perak.

Lagu yang dinyanyikan itu adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.

\”KPM kesal dengan video tular seorang pempengaruh politik yang cuba mengelirukan masyarakat dengan mendakwa Lagu Negaraku telah dinyanyikan bukan dalam Bahasa Kebangsaan pada satu acara yang telah berlangsung di sebuah sekolah di negeri Perak.

\”Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu \’Allah Lanjutkan Usia Sultan\’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,\” menurut kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, KPM menasihatkan seluruh masyarakat untuk tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

Tambah kenyataan tersebut, Syawal adalah bulan kemenangan mengembalikan fitrah, justeru, ia sepatutnya diraikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, bukan dengan tipu daya dan adu domba yang boleh merosakkan kestabilan negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....