Home Nasional Bomba selamatkan tujuh sekeluarga terperangkap kepala air
Nasional

Bomba selamatkan tujuh sekeluarga terperangkap kepala air

Bomba selamatkan tujuh sekeluarga terperangkap kepala air

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Tujuh sekeluarga terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadu di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar sebelum diselamatkan sepasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan kesemuanya sedang beriadah di lokasi tersebut.

\”Panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.54 petang dan anggota penyelamat bergerak menggunakan kenderaan utiliti ke lokasi disebabkan laluan berkenaan tidak dapat diakses dengan jentera berat.

\”Setibanya di tempat kejadian mangsa dapat dijumpai dan didapati kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat.

\”Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja menggunakan tali penyelamat dengan menggunakan dua batang pokok sebagai pengukuh (anchor) bagi menyeberangi sungai anggaran lebar 10 kaki dan sedalam 1.2 meter dalam,\” menurut kenyataan itu.

Kesemua mangsa menyeberangi sungai dengan memakai peranti pengapungan peribadi dan dikawal oleh anggota penyelamat hingga selesai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....