Home Nasional Bomba sahkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights
Nasional

Bomba sahkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights

Bomba sahkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights

Tangkap layar video tular daripada orang awam di media sosial/ Facebook Ben Ashaari

SUBANG JAYA, 1 April-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran besar melibatkan kebocoran saluran paip gas di stesen minyak Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, pagi tadi.

Menurut JBPM Selangor, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 8.10 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada 8.22 pagi.

Komander Operasi, PBK I KUP Mohamad Fadhil Buari memaklumkan bomba bersama agensi lain sedang menjalankan operasi pemadaman serta pemindahan penduduk di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan.

Setakat ini, jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.

\”Kebakaran berlaku di kawasan berhampiran perumahan awam dengan api marak menjulang setinggi kira-kira 500 meter,\” katanya dalam kenyataan.

Seramai 41 anggota dan pelbagai aset bomba telah digerakkan termasuk pasukan dari BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara.

Operasi turut melibatkan lapan jentera FRT, tiga unit EMRS, empat unit water tanker, pasukan HAZMAT dan satu BA Tender.

Usaha pemadaman dan kawalan masih dijalankan, sementara siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

BERITA BERKAITAN

  • Tular: Kebakaran besar di Petronas Putra Heights

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....