Home Nasional Bekas guru dituduh bunuh Istiqomah
Nasional

Bekas guru dituduh bunuh Istiqomah

Bekas guru dituduh bunuh Istiqomah

Tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

ALOR GAJAH,19 Ogos-Bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membunuh Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi.

Tertuduh,Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36 tahun, hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fadzly dituduh membunuh Istiqomah di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang Alor Gajah antara 26 Disember hingga 31 Disember 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pendakwaannya, Nazrin memohon tarikh baharu untuk memperoleh laporan ujian DNA dan bedah siasat.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....