Home Nasional Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi dengan 86 buah rumah terjejas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam satu kenyataan memaklumkan antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya namun tiada mangsa dipindahkan.

Di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.

\”Di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa sebuah keteta terperangkap apabila Persiaran Damai Kampung Kenangan Subang Jaya dinaiki air sedalam dua kaki.

Namun kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan paras air mula surut.

Sementara itu dalam kejadian di Jalan PJU 1A/46 Petaling Jaya, seorang wanita berumur sekitar 50-an diselamatkan orang awam apabila kawasan itu dinaiki air sedalam lima kaki.

\”Sebuah kereta turut terperangkap namun air di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....