Home Nasional Bazar Ikonik Banda Hilir tarik pelancong domestik & antarabangsa
Nasional

Bazar Ikonik Banda Hilir tarik pelancong domestik & antarabangsa

Bazar Ikonik Banda Hilir tarik pelancong domestik & antarabangsa

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengadakan walkabout dan meninjau suasana orang ramai yang berkunjung di Bazar Ikonik Banda Hilir / Foto Facebook abraufyusohofficial

BANDA HILIR, 9 Mac-Penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir terima sambutan memberangsangkan khususnya daripada pelancong dalam dan luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keadaan berkenaan sekali gus memberi pulangan lebih baik kepada peniaga di bazar berkenaan.

Jelasnya, reaksi positif juga diterima daripada peniaga walaupun tahun ini julung kali bazar itu dianjurkan.

\”Satu-satunya bazar Ramadan yang menerima pengunjung yang luar biasa kerana ia merupakan satu kawasan pelancongan yang menarik ramai pengunjung dan pelancong dari luar negara telah dapat membeli belah di samping melihat kesan-kesan sejarah UNESCO yang ada di kawasan ini\”, katanya demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di bazar ikonik Banda Hilir.

Tambah Rauf, melihatkan sambutan yang diterima, pihaknya akan meneruskan penganjuran bazar berkenaan tahun depan.

Bazar yang bermula dari Menara Taming Sari hingga ke Jalan Kota itu menempatkan kira-kira 160 peniaga.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....