Home Nasional Bayi maut, ibu bapa parah nahas babit dua kenderaan
Nasional

Bayi maut, ibu bapa parah nahas babit dua kenderaan

Bayi maut, ibu bapa parah nahas babit dua kenderaan

Kemalangan membabitkan dua kenderaan yang mengorbankan seorang bayi lelaki di Jalan Kampung Paris 2, Kinabatangan tengah malam tadi/ Foto: JBPM

KINABATANGAN, 14 Ogos– Seorang bayi lelaki maut manakala ibu bapanya parah dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Kampung Paris 2, di sini, tengah malam tadi.

Kemalangan itu turut menyebabkan empat lagi parah dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Azlan Shah Jamalludin, berkata kemalangan yang berlaku pada 12.38 tengah malam itu membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux bertembung dengan Proton X50.

\”Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai lapan orang anggota dan sebuah jentera FRT bergegas ke lokasi kejadian dalam jarak 53 kilometer.

\”Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta Proton X50 dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,\” katanya.

Menurut Azlan, seorang bayi di dalam kereta Proton X50 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, mayat bayi itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 4.15 pagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....