Home Nasional Bantuan SARA ringan beban pasca Aidilfitri – Penerima
Nasional

Bantuan SARA ringan beban pasca Aidilfitri – Penerima

Bantuan SARA ringan beban pasca Aidilfitri – Penerima

Penerima bantuan SARA dari kiri – Hafizi Zainudin, Ahmad Syukri Ahmad Bashah dan Syahrain 

IPOH, 5 April – Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula 1 April lalu disambut baik oleh penerima terutamanya golongan berpendapatan rendah dan penerima baharu.

Rata-rata penerima menyifatkan inisiatif Kerajaan MADANI itu membantu meringankan beban kos sara hidup, perbelanjaan harian khususnya selepas sambutan Aidilfitri.

Penerima baharu, Hafizi Zainudin berkata, bantuan yang diterima amat membantu selepas perbelanjaan besar dilakukan pada hari raya.

“Bagi saya, ini sangat membantu. Selepas perbelanjaan banyak sebelum raya, bantuan ini membantu dari segi barangan dapur untuk kegunaan selepas raya,” katanya kepada RTM baru-baru ini.

Bagi Ahmad Syukri Ahmad Bashah pula, ini adalah kali pertama beliau menerima bantuan SARA dan menyifatkannya sebagai sangat relevan untuk menyokong keperluan harian golongan B40.

“Bantuan ini memang diperlukan, dan dengan jumlah yang diberikan, kami dapat beli barangan asas,” ujarnya.

Sementara itu, Syahrain berkata, bantuan yang diterima lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan isi rumahnya.

“Saya gunakan wang tunai untuk barang peribadi, manakala bantuan ini banyak membantu bagi beli barang-barang kering seperti sabun, beras dan makanan asas,” katanya.

Sebelum ini, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima dari Januari hingga Mac 2025.

Jumlah itu kemudian dinaikkan kepada RM200 sebulan bermula 1 April, membabitkan seramai 5.4 juta penerima di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....