Saturday , 15 February 2025
Home Nasional Bantuan Jom Ke Sekolah ringankan beban ibu bapa
Nasional

Bantuan Jom Ke Sekolah ringankan beban ibu bapa

Bantuan Jom Ke Sekolah ringankan beban ibu bapa

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Dewan Orang Ramai, Batang Kali

BATANG KALI, 14 Februari- Program Bantuan Jom Ke Sekolah menjadi bantuan tambahan kepada rakyat yang memerlukan selain Bantuan Awal Persekolahan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata selain meringankan beban ibu bapa, ia dapat membantu meningkatkan motivasi dan menceriakan murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menjalani sesi persekolahan akan datang.

\”Alhamdulillah program ini sangat meriah, 50 penerima akan menerima kelengkapan sekolah berupa kasut, baju, seluar, beg dan tudung.

\”Kita nampak keceriaan dan kegembiraan di wajah anak-anak apabila mereka disarungkan dengan baju-baju baru,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Dewan Orang Ramai di sini.

Setiap pelajar menerima bantuan kelengkapan persekolahan bernilai RM175 melibatkan peruntukan sebanyak RM87,500.

Menerusi siri jelajah Ziarah MADANI program itu merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Komuniti Batang Kali dan Pejabat DUN serta Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan diteruskan ke beberapa negeri lain antaranya Pahang, Perak dan Selangor.

Related Articles

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor
Nasional

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor

Tangkap layar video tular dua individu bergaduh di Tambak JohorJOHOR BAHRU, 15...

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi
Nasional

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi

Konsert khas Hari Radio Sedunia 2025 di Tapak Pesta Sungai NibongSUNGAI NIBONG,...

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak
Nasional

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pasukan bomba dan penyelamat Belaga mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih...

Banjir Sabah, Sarawak makin pulih
Nasional

Banjir Sabah, Sarawak makin pulih

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 15 Februari- Seramai 170 orang daripada 43 keluarga terjejas...