Home Nasional Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di Sarawak

KUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak bagi menempatkan guru dan pekerja Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di Tatau, Bintulu yang dilanda banjir.

Menurut kemaskini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Rumah Steven dibuka pada pukul 9.00 malam tadi.

Seramai 10 orang guru dan pekerja sekolah dipindahkan ke PPS tersebut selepas sekolah terbabit tidak selamat untuk didiami.

Manakala, jumlah penduduk dari Rumah Tembawai Kapok, Awik di Saratok yang masih berlindung di PPS Dewan Rumah Dayak, Saratok kekal 90 orang daripada 21 ketua isi rumah. PPS berkenaan dibuka pada Ahad lalu.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS di Sarawak kini meningkat kepada 100 orang berbanding 90 orang pada malam tadi.

Related Articles

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Nasional

Pemandu lori maut rempuh belakang treler

FOTO BERNAMAMUAR, 23 Januari- Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya...