Tuesday , 11 February 2025
Home Nasional Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah
Nasional

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan tidak berubah, berbanding tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di enam daerah negeri itu.

\”Mukah menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 438 orang penduduk terjejas.

\”Ini diikuti Beluru, 210 orang dan Tatu, 197 orang,\” menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal seramai 1,061 orang daripada 332 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan enam PPS di negeri itu.

\”Daerah terjejas adalah Beaufort dengan menempatkan 707 orang, Kinabatangan, (222 orang) dan Membakut (102 orang),\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Nasional

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Foto RTMKULIM, 11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang...

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah
Nasional

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah

Kemahiran digital wajar didedahkan kepada pelajar sekolah memandangkan teknologi tersebut begitu meluas...

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil
Nasional

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala...

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
Nasional

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri...