Home Nasional Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAK

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir pagi ini iaitu 9,034 orang berbanding 9,200 tengah malam tadi, manakala Sabah kekal dengan 102 orang.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan 2,668 keluarga di Sarawak itu masih berlindung di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah, setakat 6.00 pagi ini.

Ia membabitkan daerah Bintulu (4,492) di sembilan PPS, Serian (1,525) di tujuh PPS, Miri (1,406) di 12 PPS, Sibu (823) di lima PPS, Samarahan (523) di empat PPS dan Mukah (265) di tiga PPS.

Sabah pula melibatkan 27 keluarga di daerah Kinabatangan yang ditempatkan di satu PPS pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga esok, 5 Februari ini.

Amaran hujan berterusan (buruk) melibatkan kawasan di Sandakan, Sabah, merangkumi Telupid, Beluran dan Sandakan.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

METMalaysia mengeluarkan kenyataan berkenaan pada 5.45 pagi tadi.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...