Home Nasional Banjir kilat: DBKL teliti semula SOP – Dr. Zaliha
Nasional

Banjir kilat: DBKL teliti semula SOP – Dr. Zaliha

Banjir kilat: DBKL teliti semula SOP – Dr. Zaliha

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah banjir kilat di ibu negara / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah banjir kilat di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata DBKL akan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengambil langkah terbaik mengatasi bencana tersebut.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bahawa DBKL sedang mengenal pasti kawasan \’hotspot\’ banjir kilat,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kejadian bencana di ibu kota di Menara 1 DBKL, di sini hari ini.

Mengulas banjir kilat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis lepas, Dr. Zaliha berkata kejadian itu berlaku susulan kadar hujan yang terlalu tinggi menyebabkan kenaikan air begitu pantas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....