Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang
Nasional

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Foto RTM

ALOR SETAR, 22 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus meningkat menghampiri 9,000 orang dengan pertambahan mendadak di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

Setakat pukul 8.00 pagi ini, 8,866 penduduk melibatkan 2,923 keluarga telah dipindahkan ke 44 PPS yang dibuka di lima daerah.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar mencatat angka tertinggi iaitu 5,099 penduduk melibatkan 1,698 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS.

Pendang, 1,487 penduduk melibatkan 449 keluarga ditempatkan di 10 PPS; Kubang Pasu, 1,353 penduduk melibatkan 497 keluarga ditempatkan di 10 PPS; Pokok Sena, 783 penduduk melibatkan 246 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Manakala daerah Bandar Baharu, 147 penduduk daripada 34 keluarga yang ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, hujan turun di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar sejak awal pagi tadi.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...