Home Nasional Banjir Johor: TNB pastikan pemulihan bekalan elektrik berjalan lancar
Nasional

Banjir Johor: TNB pastikan pemulihan bekalan elektrik berjalan lancar

Banjir Johor: TNB pastikan pemulihan bekalan elektrik berjalan lancar

Tenaga Nasional Berhad (TNB) giat melaksanakan usaha memulihkan bekalan elektrik di Johor, termasuk kawasan terjejas seperti Kangkar Tebrau akibat banjir / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Tenaga Nasional Berhad (TNB) giat melaksanakan usaha memulihkan bekalan elektrik di Johor, termasuk kawasan terjejas seperti Kangkar Tebrau akibat banjir.

TNB dalam satu kenyataan menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan komuniti yang terjejas.

“TNB mengutamakan pemeriksaan menyeluruh, pembersihan serta ujian terhadap semua infrastruktur elektrik yang terjejas bagi memastikan pemulihan dapat dilakukan dengan selamat. Pasukan teknikal kami bekerja tanpa henti di lapangan bagi mempercepatkan proses ini.

“Bekalan kuasa sementara turut disediakan di kawasan yang memerlukan bagi menyokong perkhidmatan kritikal dan keperluan penting. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui TNB Careline dan saluran media sosial rasmi TNB,” menurut kenyataan itu.

Sehingga pukul 8 pagi semalam, sebanyak 86 peratus kawasan terjejas di Johor telah mendapat bekalan elektrik semula, dengan usaha pemulihan diteruskan untuk mencapai pemulihan penuh secepat mungkin.

TNB turut menasihatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik selepas banjir. Panduan keselamatan boleh didapati di laman web rasmi TNB di www.tnb.com.my/floodsafetytips.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....