Home Nasional Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri setakat pagi ini menunjukkan sedikit penurunan.

Daripada 11,713 orang malam tadi berkurang kepada 10,398 setakat pukul 7.30 pagi ini.

Bagaimanapun, Kelantan masih kekal tertinggi dengan 6,269 penduduk terjejas berbanding 7,600 orang malam tadi.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat merekodkan 5,721 penduduk terjejas daripada 1,731 keluarga dengan 18 PPS masih dibuka.

Jajahan Pasir Mas pula masih kekal menempatkan seramai 526 penduduk terjejas dengan 154 keluarga masih berlindung di 3 PPS manakala Kuala Krai menyaksikan hanya satu PPS masih beroperasi menempatkan 22 penduduk.

Di Kedah pula, situasi banjir tidak berubah, bilangan penduduk terjejas masih kekal 3,067 orang.

Sementara di Pahang, penduduk terjejas banjir direkodkan hanya 13 orang daripada empat keluarga di daerah Maran.

Manakala di Johor, tiga daerah masih terjejas menyaksikan setakat ini 15 PPS masih aktif menempatkan 514 penduduk.

Di Melaka, jumlah penduduk terjejas banjir turut mencatatkan trend penurunan dengan 123 orang di dua PPS.

Di Terengganu, situasi banjir pulih sepenuhnya selepas kesemua PPS di negeri itu ditutup.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, kesemua PPS telah ditutup pada pukul 9.00 malam tadi (Jumaat).

Di Perak, jumlah penduduk terjejas direkodkan seramai 129 orang di Kinta dan Perak Tengah.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...