Home Nasional Bancian ESSCOM, 6,200 komuniti 'Palauh' adalah warganegara Malaysia
Nasional

Bancian ESSCOM, 6,200 komuniti 'Palauh' adalah warganegara Malaysia

Bancian ESSCOM, 6,200 komuniti 'Palauh' adalah warganegara Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

SEMPORNA, 26 Julai – Bancian dijalankan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mendapati 6,200 daripada kira-kira 28,000 orang dalam komuniti \’Palauh\’ di Sabah ialah warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata golongan itu memiliki sijil lahir sah serta kad pengenalan manakala 21,800 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri membabitkan kanak-kanak dan juga ketua keluarga.

Beliau berkata, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif bagi menoktahkan isu Palauh termasuk mewujudkan kawasan penempatan semula, peluang pekerjaan serta memberikan latihan kemahiran.

\”Saya fikir ini adalah satu inisiatif murni, sudah sampai masanya kita tengok inisiatif ini sebagai satu komitmen yang sangat tinggi yang telah ditunjukkan oleh kerajaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tinjauan keselamatan Kementerian Dalam Negeri ke Zon Selamat Timur Sabah di Pualu Kapalai, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....