Home Nasional Banci Pertanian 2024: Data awal sedang dimuktamad
Nasional

Banci Pertanian 2024: Data awal sedang dimuktamad

Banci Pertanian 2024: Data awal sedang dimuktamad

Datuk Arthur Joseph Kurup/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Data awal Banci Pertanian 2024, sedang dimuktamad.

Pada masa sama, analisis data bagi tujuan pengesahan dan pengabsahan giat dijalankan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata pelaksanaannya, melibatkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan beberapa kementerian terlibat, bersama agensi-agensi negeri dan daerah.

\”Dapatan daripada Banci Pertanian 2024 akan dimanfaatkan untuk membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu.

\”Integrasi data Banci Pertanian 2024 dengan data pentadbiran dari kementerian dan agensi yang berkaitan akan menghasilkan pangkalan data yang lebih komprehensif dan bersepadu,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad di Dewan Rakyat di sini.

Hasil analisis data juga akan digunakan untuk penerbitan statistik pertanian secara berkala, selain merangka, memantau dan menilai program untuk meningkatkanketerjaminan makanan negara.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...