Home Nasional ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau- Amir Hamzah
Nasional

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau- Amir Hamzah

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau- Amir Hamzah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Februari– Peralihan tenaga merupakan cabaran global dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerjasama serantau ini penting bagi memastikan kebolehcapaian tenaga, keselamatan dan kemampuan, katanya sambil memaklumkan kekuatan ASEAN terletak kepada keupayaannya untuk bekerjasama, berkongsi kepakaran dan membangunkan penyelesaian pembiayaan serantau bagi menyokong inisiatif pembangunan mampan.

“Malaysia komited untuk memperteguh kerjasama di seluruh ASEAN, memanfaatkan peranan kepengerusian ASEAN pada 2025 untuk mendorong kerjasama lebih luas dalam pelaburan ekonomi mampan.

“Sebagai antara komitmen ini, Kementerian Kewangan terlibat aktif dalam perbincangan untuk mempertingkat rangka kerja kewangan serantau yang menyokong tenaga bersih dan keterangkuman sosioekonomi,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) di sini malam ini.

Amir Hamzah turut menegaskan bahawa kerjasama serantau adalah perlu bagi memenuhi permintaan ekonomi pada masa depan.

\”Ini sangat penting untuk Malaysia, dan terutamanya Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk bekerjasama dengan rakan serantau bagi mengukuhkan keupayaan ekonomi kita,\” katanya.

Sementara itu, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif IGU berperanan sebagai platform utama bagi perbincangan strategik dalam kalangan pemimpin industri gas global dan serantau, yang menyokong aspirasi berkenaan.

Menurutnya pelaksanaan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif IGU bersekali dengan Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) memberikan nilai tambah kepada kedua-dua acara berkenaan.

Presiden MGA Abdul Aziz Othman pula berkata dalam tempoh beberapa hari lepas, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif IGU telah menyediakan platform untuk perbincangan strategik dalam kalangan pemimpin industri gas global dan serantau.

Beliau berkata perbincangan berkenaan menekankan kepada satu aspek — walaupun laluan di hadapan adalah kompleks dan mencabar, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

\”Dengan kerjasama, dasar strategik yang wajar, pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan kemajuan dalam penyelesaian teknologi yang lebih bersih, kita boleh mengatasi cabaran ini bersama-sama.

“Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ini adalah permulaan sesuai bagi MyGAS 2025, edisi keempat MyGAS 2025 yang akan berlangsung esok,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....