Home Nasional Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAK

TANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang berdepan detik cemas selepas terkandas ketika melakukan aktiviti mendaki dan mandi manda di Lata Perangin, Muallim, petang tadi.

Maklumat mengenai kejadian diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pukul 6.15 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim digerakkan ke lokasi.

Kejadian melibatkan 11 mangsa terdiri daripada tiga individu dewasa, empat remaja berusia 14 hingga 16 tahun dan empat kanak-kanak berusia 10 tahun.

Ketika dalam perjalanan pulang, kesemua mangsa tidak dapat menyeberangi sungai dan terkandas disebabkan arus deras.

Komander Operasi kemudian mengesahkan kesemua mangsa berjaya menyeberangi sungai sebelum mereka diiringi turun dari kawasan tersebut.

Kesemua 11 individu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat 7.37 malam.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...