Home Nasional Anwar ucap tahniah kepada Albanese menang penggal kedua
Nasional

Anwar ucap tahniah kepada Albanese menang penggal kedua

Anwar ucap tahniah kepada Albanese menang penggal kedua

Anthony Albanese menang besar dalam Pilihan Raya Australia 2025/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anthony Albanese atas kejayaan mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri Australia pada penggal kedua selepas melalui kempen pilihan raya yang sengit pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar menyifatkan kemenangan yang diumumkan pada malam pilihan raya itu sebagai bukti keyakinan rakyat Australia terhadap kepimpinan Albanese.

“Keputusan yang diumumkan begitu cepat pada malam pilihan raya menunjukkan satu mandat yang jelas dan penuh keyakinan daripada rakyat Australia,” katanya.

Beliau turut mengiktiraf peranan penting Australia di rantau Asia Pasifik, khususnya komitmen pentadbiran Albanese terhadap Asia Tenggara pada penggal pertama pemerintahannya yang tidak terlepas daripada perhatian Malaysia.

\”Di bawah pentadbiran Albanese, Australia memberi tumpuan kepada Asia Tenggara pada penggal pertama pemerintahannya, dan kami berharap semangat keterlibatan itu dapat diteruskan.

\”Ketika rantau ini berdepan cabaran dan perubahan baharu, kita menantikan kerjasama erat untuk mempertahankan kestabilan, memperkukuh daya tahan, serta membentuk masa depan yang makmur bersama,” katanya.

Anthony Albanese memimpin Parti Buruh Australia sejak 2019 dan dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mei 2022.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....