Thursday , 9 January 2025
Home Nasional Anwar terima kunjungan Ketua Perwakilan Diplomatik baharu
Nasional

Anwar terima kunjungan Ketua Perwakilan Diplomatik baharu

Anwar terima kunjungan Ketua Perwakilan Diplomatik baharu

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu.

Ketua Perwakilan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei Darussalam, Datuk Mohd Aini Atan; Duta Besar ke Sweden, Sarimah Akbar; Duta Besar ke Qatar, Faizal@Mohd Faizal Razali; Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Duta Besar ke Peru, Ahmad Irham Ikmal Hisham; dan Pesuruhjaya Tinggi ke Bangladesh, Mohd Shuhada Othman.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa Ketua Perwakilan Diplomatik mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara dan memperjuangkan kepentingan negara.

Beliau turut menekankan keutamaan Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui perdagangan dan pelaburan luar yang berkualiti tinggi, serta menyeru mereka supaya mengambil peranan proaktif dalam menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.

\”Syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelantikan ini dan semoga mereka menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh tekad dan keazaman,\” kata Anwar menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

Keenam-enam mereka menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos lalu dan akan memulakan tugas di negara penempatan masing-masing.

Related Articles

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja &...

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTMKANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)...

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTMKANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan...

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan...