Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan
Nasional

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump, selepas pelantikan rasmi Trump sebagai Presiden ke-47 negara itu.

Dalam ucapan tahniah yang disampaikan melalui catatan di Facebook hari ini, Anwar menyatakan hasratnya untuk memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan AS.

\”Presiden Trump membawa pendekatan unik dalam menangani cabaran domestik dan global, seperti yang terbukti melalui peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza walaupun sebelum pelantikannya secara rasmi.

\”Malaysia dan AS memiliki hubungan teguh yang saling melengkapi dan berorientasikan masa depan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Presiden Trump bagi memperkukuh hubungan ini,\” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Anwar turut mengundang Trump ke Malaysia, sambil mengesahkan semula komitmen baharu AS terhadap rantau Asia Tenggara.

\”Malaysia bersedia bekerjasama dalam keutamaan bersama seiring dengan usaha pentadbiran Trump untuk mencipta era baharu yang lebih gemilang buat Amerika,\” tambah Anwar.

Trump secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS bagi penggal kedua pada Isnin.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...