Home Nasional Anwar, pemimpin ASEAN bincang selaras tindakan isu tarif AS
Nasional

Anwar, pemimpin ASEAN bincang selaras tindakan isu tarif AS

Anwar, pemimpin ASEAN bincang selaras tindakan isu tarif AS

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan menerusi telefon bersama pemimpin negara ASEAN berhubung isu tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Perbincangan tersebut melibatkan Perdana Menteri bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.; dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi mendapatkan pandangan berhubung isu berkenaan.

Anwar berkata sesi itu turut memberi tumpuan kepada usaha menyelaraskan tindak balas bersama dalam menangani impak terhadap ekonomi negara anggota ASEAN.

\”Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-AS,\” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri menambah, mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang dijadualkan minggu depan akan terus membincangkan perkara tersebut.

\”Insya-Allah, mesyuarat juga akan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....