Tuesday , 28 January 2025
Home Nasional Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Nasional

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru agar himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, untuk diadakan pada masa dan situasi yang lebih sesuai.

Ini bagi memastikan himpunan tersebut tidak mengganggu perjalanan lawatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia.

“Saya tidak menghalang jika ada pertemuan atau mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertanian. Silakan, tetapi tetapkan masa yang sesuai.

\”Namun, saya tidak bersetuju sama sekali jika ada perhimpunan yang boleh mengganggu perjalanan dan urusan rasmi negara, terutamanya yang melibatkan negara sahabat seperti lawatan Presiden Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Perdana Prof Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, di sini malam ini.

Anwar turut menambah bahawa beliau telah meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, untuk bersedia mendengar, menemui, serta menerima memorandum daripada golongan pesawah sekiranya terdapat tuntutan yang ingin dikemukakan.

“Sekiranya mahu mengadakan perhimpunan aman, itu tidak menjadi masalah. Namun, jangan mengambil kesempatan untuk mengganggu majlis rasmi negara,” tambah beliau.

Related Articles

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Nasional

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Foto Fail/ BernamaMELAKA, 27 Januari – Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan...

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Nasional

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara

Foto BernamaSUBANG, 27 Januari – Presiden Indonesia Prabowo Subianto, tiba di Malaysia...

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo
Nasional

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain KUALA LUMPUR, 26 Januari –...

Kerajaan akan terus perkasa Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas
Nasional

Kerajaan akan terus perkasa Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 26 Januari- Kerajaan menzahirkan komitmen untuk terus memperkasa Perpustakaan...