Home Nasional Anwar hadir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia, Brunei
Nasional

Anwar hadir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia, Brunei

Anwar hadir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia, Brunei

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di sini.

Pagi ini beliau dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama-sama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk melibatkan sempadan darat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara yang mengiringi Anwar.

Anwar tiba di Brunei malam tadi diLapangan Terbang Antarabangsa Brunei malam tadi dan dijangka pulang ke ibu negara pada sebelah petang inisetelah mengakhiri lawatan kerja ke Brunei.

BERITA BERKAITAN:

  • PM Anwar tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
  • Anwar lawatan kerja ke Brunei esok sempena rundingan ALC ke-25

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....