Home Nasional Anak maut dilanggar kereta bapa ketika alih kenderaan dari garaj
Nasional

Anak maut dilanggar kereta bapa ketika alih kenderaan dari garaj

Anak maut dilanggar kereta bapa ketika alih kenderaan dari garaj

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Seorang kanak-kanak perempuan maut dilanggar bapanya ketika mengalihkan kereta di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Pasir Gudang, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan dipercayai berlaku pada 29 Mac kira-kira 2.30 pagi.

Ketika kejadian bapanya lelaki warga tempatan berumur 27 tahun hendak mengalihkan keretanya ke luar rumah kemudian dia terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.

\”Apabila turun dari kenderaan, pemandu tersebut mendapati anaknya, seorang kanak-kanak perempuan, berumur 1 tahun berada di belakang motokar dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri.

\”Pemandu tersebut kemudian terus membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan,\” menurut kenyataan itu.

Akibat perlanggaran itu kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu pihak polis menasihatkan pemandu lebih prihatin dan peka akan kedudukan anak-anak terutamanya yang masih kecil. sebelum memulakan pemanduan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....