Home Nasional Allahyarham Rozaid berdedikasi, komited laksanakan tugas- Fahmi
Nasional

Allahyarham Rozaid berdedikasi, komited laksanakan tugas- Fahmi

Allahyarham Rozaid berdedikasi, komited laksanakan tugas- Fahmi

Foto: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri, Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang dilaporkan meninggal dunia petang tadi merupakan seorang yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Fahmi menzahirkan rasa sedih apabila menerima khabar pemergian Allahyarham hari ini.

“Allahyarham seorang yang amat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas. Seorang yang ramah, suka membantu rakan-rakan dan sangat dihormati.

\”Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan ditangisi. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya.

\”Takziah kepada seluruh anggota keluarga serta sahabat handai allahyarham. Tenanglah dikau di negeri abadi,” katanya.

Rozaid, 59, yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023, meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.

Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun, wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....