Home Nasional Aktiviti bersama komuniti bakal dipergiat, erat silaturahim – Fathul Bari
Nasional

Aktiviti bersama komuniti bakal dipergiat, erat silaturahim – Fathul Bari

Aktiviti bersama komuniti bakal dipergiat, erat silaturahim – Fathul Bari

Foto RTM

KANGAR, 15 Julai– Program turun padang bersama komuniti sentiasa menjadi keutamaan pemimpin masyarakat khususnya UMNO Bahagian Kangar.

Bagi tempoh Mac 2023 hingga 31 Mei 2024 ini, lebih 730 program dilaksanakan melibatkan kesemua lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kangar.

Ia melibatkan 363 program peringkat bahagian, 208 program digerakkan Wanita UMNO, 116 program menerusi Puteri UMNO dan 45 program dilaksanakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dalam kenyataannya memaklumkan setiap program yang dilaksanakan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

\”Program ini bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan, mengeratkan silaturahim, menyatupadukan masyarakat serta membantu mereka yang memerlukan menerusi program dilaksanakan di setiap kawasan DUN berkenaan.\”

\”Antaranya program Santai dan Mesra, Nasi Lemak Kopi O, Santai Riadah, Program Mai Derma Darah, Kelas Ngaji Setiap DUN, Ibadah Korban, Solidariti Untuk Palestin, Kongsi Rezeki, Sumbangan Anak Yatim serta asnaf,\” kata Fathul Bari dalam kenyataannya.

Aktiviti tersebut diadakan pada setiap minggu, bukan sahaja melibatkan kepimpinan UMNO Bahagian Kangar, malah melibatkan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar IPT dalam mempelbagaikan program bersama komuniti.

Program yang dilaksana merupakan sebahagian daripada program baharu dan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersasar akan dipertingkat.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...