Home Nasional Akta SPK wajar diteliti semula demi ketelusan kehakiman
Nasional

Akta SPK wajar diteliti semula demi ketelusan kehakiman

Akta SPK wajar diteliti semula demi ketelusan kehakiman

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ikmal Hisham Md. Tah

KUALA LUMPUR, 12 April– Penelitian semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) wajar diberi prihatian kerajaan MADANI.

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ikmal Hisham Md. Tah ia bagi memastikan kuasa dalam pemilihan kehakiman dilakukan berlandaskan mekanisme yang lebih baik dan sempurna dengan mencerminkan prinsip ketelusan.

\”Pelantikan kehakiman ini dapat memastikan wibawa terhadap institusi kehakiman negara akan dapat dipertahankan.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan lebih dihormati kerana memberikan kebebasan kehakiman sebagai salah satu unsur utama dalam memastikan negara dapat bergerak maju ke hadapan serta dihormati, bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga di mata dunia,\” kata Dr. Ikmal kepada pemberita.

Tambah beliau, pelantikan kehakiman juga perlu dirunding dengan baik bersama semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong dan pihak kehakiman.

Ini sekali gus dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mereformasikan institusi kehakiman negara secara menyeluruh.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kerajaan akan meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja perlembagaan Akta SPK selaras semangat pembaharuan institusi tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....