Home Nasional Akta SPK 2009: Kerajaan komited perkasa proses pelantikan kehakiman
Nasional

Akta SPK 2009: Kerajaan komited perkasa proses pelantikan kehakiman

Akta SPK 2009: Kerajaan komited perkasa proses pelantikan kehakiman

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 9 April– Kerajaan akan melaksanakan semakan semula kerangka Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2009.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibuat bagi memastikan proses pelantikan kehakiman berlandaskan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman tanpa menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan keistimewaan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kajian semula itu akan membabitkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan dengan matlamat memperbaiki sebarang kelompongan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara.

\”Saya menyedari bahawa struktur dan keanggotaan SPK serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama dalam kalangan pelbagai pihak termasuk badan kehakiman, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat MADANI (NGO).

\”Persoalan ini bukan sesuatu yang boleh diketepikan dan ia menuntut penelitian serius dari sudut dan lensa undang-undang, institusi dan Perlembagaan.

\”Sehubungan itu, sementara Kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, saya menzahirkan komitmen reformasi Kerajaan MADANI untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK, selaras dengan semangat pembaharuan institusi\”, katanya menerusi satu kenyataan.

Perdana Menteri memberi jaminan semakan tersebut berjalan tanpa campur tangan atau prejudis.

\”Justeru, Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip tadbir urus yang berintegriti dan akan terus bertindak dengan telus, bertanggungjawab dan menghormati kesemua institusi Perlembagaan dalam menguruskan isu sepenting ini\”, katanya.

Sementara itu, Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berpendapat sebarang reformasi yang dibawa kelak akan tetap memelihara doktrin pengasingan kuasa, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

\”Jadi dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, kuasa Perdana Menteri adalah agak besar, kerana beliau menasihatiYang di-Pertuan Agong bagi pelantikan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persektuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim besar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak atau hakim-hakim lain tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

\’Jadi kuasa yang besar ini, telah mendatangkan satu polemik dalam pengalaman negara berkaitan dengan pelantikan kepada jawatan-jawatan utama dalam badan kehakiman ini.

\”Maka diwujudkan pada tahun 2009 Akta Pelantikan ataupun Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Jadi diwujudkan satu suruhanjaya. Jadi Perdana Menteri walaupun begitu Perkara 122B tidak boleh mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong melantik mana-mana orang, kecuali orang-orang itu hendaklah yang akan dilantik itu hendaklah disyorkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada Perdana Menteri\”, katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....